Saturday, September 10, 2011

Antara Tuhan Dan Hantu

         


           Sama ada hantu atau Tuhan, Kedua-duanya adalah persoalan ghaib. mempercayai sesuatu yang ghaib itu adalah sulit bagi ahli material, tetapi fitrah bagi yang memahaminya.

             Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: " wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (engan mata kepala kami)", [Albaqarah 2:55]
             Yahudi itu tidak mampu mengimani Allah SWT. Mereka hanya boleh mempercayai dengan apa yang dilihat dengan pancaindera penglihatan mereka. Mereka mahukan tuhan yang boleh disaksikan oleh mata.
              Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: " Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibn Maryam [ Al-Maidah 5:17 ]
              Manakala Nasrani pula bertuhankan manusia berjasad yang bernama Al-Masih bin Maryam. Telah kufurlah mereka kerana kepercayaan itu, bahasa Al-Masih itu Allah, atau anak Allah. yahudi dan nasrani tak mampu mengimani Allah kerana cacat mereka pada keupayaan untuk mereka mengimani kepada perkara yang qhaib, sebagaimana sekelian Majusi, iaitu istilah Syara' yang merujuk kepada sekelian musyrikin selain Yahudi dan Nasrani.
Lantas kita sampai kepada ingatan Nabi S.A.W tentang hakikat ini didalam sepotong hadith yang sring dibaca :
" Tidak akan lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanya yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi', [Hadith riwatyat Al-Bukhari dan Muslim]
              Ibu Bapalah yang berperanan menjadikan anak itu mempercayai Tuhan samada sacara Nasrani, Yahudi, Majusi atau kekal diatas fitrah yang asal dan  luhur. Di sinilah timbulnya  perbahasan porular semasa, iaitu bagai mana kita mahu perkenalkan Allah kepada anak-anak Seminar demi seminar diadakan, dengan maksud mahu menterjemahkan keutamaan Aqidah kepada Allah sebagai Asas pendidikan, termasuklah kepada anak-anak. Jika ibu bapa begitu kreatif memperkenalkan Hantu kepada anak-anak, bagaimana pula dengan memperkenalkan Tuhan? Renung-renungkanlah.


kadang-kala sesetengan  Ibu bapa  selalu
selalu menakut-nakutkan anak-anak meraka dengan cita hantu,
tambahan pula industri perfileman di malaysia hari ni berlambak cerita hantu..



Sabtu
12 Syawal 1432
10 September 2011
11.33. Malam
Dipetik dari majalah METAMORPOSIS